Connect with us

Oh! Media

Pernah Digelar Aura 19, Erin Didakwa Sebabkan Kerugian RM52,900 Seorang Wanita

ohmedia erin

Oh! Artis

Pernah Digelar Aura 19, Erin Didakwa Sebabkan Kerugian RM52,900 Seorang Wanita

Sudah lama rasanya kita tidak dengar perkembangan bekas isteri Da’i Farhan ni dan sekarang timbul pula satu dakwaan dari seorang wanita yang mendakwa Noorainul Naqim Mohd Radzi telah menipu sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM52,900.

Memetik laporan Utusan Online, wanita yang dikenali sebagai Norsiyah Kasnawi mendakwa dirinya mahu menjalin kerjasama untuk mengusahakan perniagaan kosmetik bersama Noorainul atau lebih dikenali sebagai Erin.

Norsiyah mendedahkan bahawa Erin bertanggungjawab membekalkan produk penjagaan kulit atas namanya. Bagaimanapun, sehingga ke hari ini janji hanya tinggal janji kerana produk masih tidak siap. Erin juga bersetuju untuk menggerakkan laman web atas jenamannya namun sebaliknya berlaku.

IKLAN

Nor berkawan sejak Erin terkenal dengan gelaran Aura 19…

Sepanjang berkawan, mulanya saya tidak syak apa-apa. Apabila semakin rapat, dia sudah berani untuk meminjam wang namun atas dasar percaya, saya berikan pinjaman.

Lebih teruk, Erin turut memperkenalkan seorang lelaki bernama Taufik yang kononnya pekerja di syarikatnya untuk mereka bina laman web rasmi perniagaan saya tetapi Taufik yang sudah diberikan pembayaran penuh RM12,000 itu pun masih belum menyerahkan kata kunci dan akses untuk saya mengendalikan laman web yang kononnya dibina.

Bahkan laman web itu juga tidak seperti yang dirancang seperti di peringkat awal. – Dedahnya.

Setakat ini, Nor telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Raja, Klang dan akan memastikan Erin diheret ke mahkamah.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas