Terdahulu, pasangan popular, Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah pun selamat mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup di Bentong, Pahang pada 5 November lalu.
BACA: Senyap-Senyap Kamal Adli Jadikan Uqasha Senrose Sebagai Isteri Sejak Sebulan Lepas?
Perkahwinan mereka dianggap kontroversi oleh kerana lebih sebulan status itu dirahsiakan sebelum diumumkan dalam sebuah sidang akhbar pada 7 Disember lalu.
Baru-baru ini juga, Kamal dan Uqasha yang kini sedang menunaikan umrah turut mengadakan majlis berinai bertemakan Bollywood berdasarkan hantaran daripada pengarah terkenal, Michael Ang di laman Instagram.
Bagaimanapun, terdapat juga reaksi yang negatif daripada segelintir netizen yang mempersoalkan keterujaan pengantin tersebut dalam meniru budaya luar berbanding budaya sendiri.
Majlis berinai dipersoal, Michael Ang tampil bidas netizen
Berhubung dengan perkara itu, Michael Ang yang seakan-akan turut terkena tempias sama telah tampil untuk menjawab reaksi negatif tersebut.
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, dia yang bengang dengan perkara itu turut meminta para netizen agar tidak mempertikaikan cara hidup individu lain.
Salam semua. Video versi panjang seperti yang diminta! Tak payah lah kutuk kutuk yang berbau perkauman ya! Lihat dan berseronoklah.
Dalam pada itu, Michael Ang juga turut mempertikai segelintir netizen yang hanya berpura-pura menjadi individu yang alim dan suka mengecam orang lain di media sosial.
Tak payah nak satu dunia hidup cara kau orang hidup yang konon-konon alim sangat! Bukan semua orang otak sempit macam kau orang.
Malaysia pun banyak gua, sila ke sana. Kalau alim sangat kenapa eh ada sosial media? Phui!
Netizen beri pelbagai reaksi
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut menyokong pendapat daripada Michael Ang selain berharap agar pasangan tersebut kekal hingga ke akhir hayat.
Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 280,000 jumlah tontonan serta mendapat 25,434 tanda suka.
Kredit: Instagram Michael Ang
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media