Connect with us

Oh! Media

Perkongsian Terbaru Erra Fazira Cetus Tanda Tanya, Netizen Berteka-Teki Dah Jumpa Cinta Baru

Copy of Untitled Design   1

Oh! Artis

Perkongsian Terbaru Erra Fazira Cetus Tanda Tanya, Netizen Berteka-Teki Dah Jumpa Cinta Baru

Pelakon jelita, Erra Fazira sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik satu ucapan istimewa di Instagram Story miliknya. 

Menerusi hantaran tersebut, Erra menulis ucapan ulang tahun kelahiran yang penuh makna buat seseorang yang tidak didedahkan identitinya.

Selamat ulang tahun buat kamu yang mendamaikan. Moga Allah perkenankan segala doa dan harapan yang terindah dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Hati Erra Fazira sudah dimiliki?

Dc647c78 40b0 4321 84ac dd85cddd955f

Ucapan penuh kasih ini mencetuskan spekulasi bahawa hati pelakon filem Soal Hati itu kini sedang berbunga cinta. 

IKLAN

Bukan tu jer, hantaran itu turut menggunakan lagu latar Semoga Abadi nyanyian Misha Omar seolah-olah menggambarkan suasana penuh romantik.

Sedikit info mengenai Erra Fazira

Ohmedia errajpg

Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek sebelum ini pernah dikaitkan dengan penyanyi Shahir Zawawi. 

Namun, hubungan itu tidak berakhir di jenjang pelamin kerana Shahir kini sudah mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, Erra pernah berkahwin dengan Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 sebelum bercerai pada 2006. 

Beliau kemudian mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran pada 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya sebelum berpisah pada 2014.

Pengikut Teruja dan Berteka-Teki

Ohmedia errafazira bertudung 1png

Hantaran penuh misteri ini membuatkan para peminat tidak henti-henti berspekulasi di media sosial. Ramai yang tertanya-tanya, siapakah gerangan insan bertuah yang telah mendamaikan hati Erra Fazira?

Walau bagaimanapun, pelakon berbakat besar ini masih berdiam diri dan memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.

#OhmediaNasihat

Cinta adalah anugerah yang indah dan tidak perlu tergesa-gesa untuk didedahkan. Apa yang penting, kebahagiaan dan kedamaian seseorang harus dihormati. 

Buat peminat, teruslah memberikan sokongan tanpa menghakimi. Jika benar Erra sudah menemui cinta baharu, semoga hubungan ini membawa kebahagiaan buat dirinya!

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram Erra Fazira


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas