Connect with us

Oh! Media

‘Perkara Yang Kita Tahu, InsyaAllah Kalau Bukan Di Dunia, Kita Jumpa Di Sana’ – Caprice

Oh! Artis

‘Perkara Yang Kita Tahu, InsyaAllah Kalau Bukan Di Dunia, Kita Jumpa Di Sana’ – Caprice

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menerusi sesi langsung di media sosial hari ini tampil mempertahankan diri dan menepis dakwaan tidak berasas yang dibuat beberapa individu mengenai isu kemanusiaannya ke Gaza. Penjelasan yang diberikan Ustaz Ebit Lew itu sekaligus menjawab kontroversi yang tercetus hangat baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Ebit Lew Tenang Jawab Segala Persoalan Caprice Dan Nadir Al-Nuri

Penyanyi rap, Caprice di Instagram memuat naik hantaran terbaru mengaku banyak membuat dosa dan perlu belajar lebih banyak lagi mengenai agama. Walau bagaimanapun, dia mendakwa tidak akan sesekali berbohong atau menyebar fitnah berkaitan kemajuan Islam dan umat.

Bismillah.
Salam, whoever have met me from JAIS, JAKIM, wakil rakyat, students, and places where i have shared my vision for the ummah. Sebagai individu, Caprice banyak buat dosa dan banyak lagi kena belajar tentang agama. However, I hope you know that i will never LIE atau sebar fitnah when it comes to Kemajuan Islam dan umat Islam.

Caprice minta maaf dengan cara Caprice waktu terlalu emosi tetapi selama ni kita memang bagi sokongan 300% kepada tuan Nadir di Gaza dan Ebit Lew. Pekara yang kita tahu, insyaAllah kalau bukan di dunia, kita jumpa di sana.

Caprice doa untuk Ebit Lew dan team Ebit Lew, walaupun misi kita ke Gaza sangat berbeza, if we cant even have peace among ourselves, apa lagi di Palestine? Selama kita berada di sini, Caprice masih rujuk kepada Ulama dan berapa ustaz tentang perjalanan Caprice di sini dan Alhamdulillah, walaupun semua tegur cara Caprice, tetap mintak Caprice teruskan dengan misi dan pejuang kita.

Menurut Caprice, sebelum dia terbang lagi, dia sudah diingatkan mengenai risiko di tempat perang malah dia mungkin tidak berjaya pulang. Namun, dia nekad dengan niat bersedia ‘rugi’ di dunia asalkan tidak ‘rugi’ di akhirat.

Jelasnya, dia akan tetap meneruskan perjuangan untuk diplomasi, keamanan dan ihsan bukan sahaja untuk Palestin tetapi semua masyarakat di dunia.

caprice

This has been the toughest journey in my road of hijrah and ibadah, i will continue until my last breath.

I am sorry once again if you are hurt, i do not wish to continue this debate, i hope to only unite and achieve a collective goal of peace in Palestine. If i have to defend myself in court, i will do so with the guidance of Allah. Thank you.

Salam 

Mengaku perjalanan kali ini adalah paling mencabar dalam hidup, Caprice berkata dia akan tetap meneruskannya sehingga ke nafas yang terakhir.

Sekali lagi, dia memohon maaf dan tidak mahu terus memanjangkan isu. Harapannya hanyalah untuk bersatu dan mencapai misi keamanan di Palestin.

Dan sekiranya dia harus membela diri di mahkamah, dia akan membuat demikian dengan petunjuk dari Allah SWT.

Kredit: Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas