Connect with us

Oh! Media

Penyerang Kamal Adli Dakwa Dihantar Pihak Lain, Uqasha Senrose Cerita Apa Berlaku Sebenarnya

Kamal adli diserang ohmedia

Oh! Artis

Penyerang Kamal Adli Dakwa Dihantar Pihak Lain, Uqasha Senrose Cerita Apa Berlaku Sebenarnya

Sebentar tadi kita dikejutkan dengan berita serangan seorang individu warganegara Singapura ke atas pelakon lelaki, Kamal Adli.

BACA: Kamal Adli Diserang Penjenayah Singapura Dengan Cota Di Kepala Berkali-Kali

Kamal Adli

Kejadian itu berlaku di acara Hari Raya Mega Sale 2023 di Dewan 5A, Singapore Expo dan Uqasha Senrose masih trauma dan tidak percaya ini semua boleh berlaku.

IKLAN

Memetik laporan mStar, Uqasa menceritakan detik cemas itu di mana sebelum kejadian seorang warga emas berkerusi roda mendekati suaminya untuk bergambar. Ketika itulah seorang lelaki tiba-tiba datang mencari Kamal.

Kami ingatkan dia peminat apabila Kamal tegur lelaki itu, dia tiba-tiba mengeluarkan cota dari poket sebelum menghayunnya berkali-kali di belakang kepala Kamal.

Darah berjuraian di bajunya. Apabila Kamal angkat kepala, dia puku pada bahagian tulang pipi kemudian berkali-kali di badan. Apa lebih mengejutkan dia ada senjata tajam.

Penyerang dakwa dihantar individu lain untuk buat serangan kerana cemburu…

Kamal Adli

Ketika pihak berkuasa menahan penyerang, lelaki itu mendakwa telah dihantar oleh satu pihak lain dan turut mendakwa ia berkaitan dengan isu peribadi dengan pelakon tersebut.

Selepas disoal berkali-kali tentang tindakannya, penyerang itu berkata dia cemburu kerana Kamal mengahwini Senrose dan mengugut.

Apa membimbangkan, dia mengugut dengan mengatakan dia ingat wajah kami semua dan kami akan menanggung akibatnya. Dia membuat ugutan itu di hadapan polis yang datang untuk menahannya.

Buat masa ini, kita biarkan dahulu pihak polis lakukan siasatan dan doakan agar Kamal Adli kuat dan cepat sembuh.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas