Connect with us

Oh! Media

Penyanyi Wanita Terkenal Dituduh ‘Sondol’ Sampai Bercerai Yang Berlaku 15 Tahun Lalu?

Mellygoeslaw ohmedia

Oh! Artis

Penyanyi Wanita Terkenal Dituduh ‘Sondol’ Sampai Bercerai Yang Berlaku 15 Tahun Lalu?

Melly Goeslaw, penyanyi wanita terkenal Indonesia dan juga pernah menjadi penulis lagu Siti Nurhaliza didakwa menjadi penyondol sehingga membuatkan pasangan terbabit bercerai.

Dakwaan itu timbul selepas seorang wanita bernama, Masnawati Masud mendakwa dirinya menjadi mangsa Melly ketika bercerai dengan bekas suaminya kira-kira 15 tahun yang lalu.

Image 24

Ujar wanita itu, dia telah mencuba pelbagai cara untuk menghubungi Melly namun tidak pernah dilayan.

IKLAN

Saya Masnawati Masud. Saya membuat video ini karena saya sulit menghubungi saudari Melly Goeslaw. Segala upaya saya sudah tempuh.

Semoga saudari Melly Goeslaw melihat pesan saya ini, agar beliau berkenan bertemu dengan saya perihal urusan kita yang belum selesai. Terima kasih.

Masnawati berkata meskipun dia tidak pernah ‘menangkap’ kedua-duanya sebelum ini, namun dia percaya Melly adalah punca dia diceraikan dan berpisah dengan anak-anaknya.

Image 25

Peminat Melly tak boleh terima dakwaan dan kecam Masnawati…

Tindakan wanita itu walau bagaimanapun dikecam peminat Melly terutamanya kerana mereka menyifatkan dia hanya ingin mencari publisiti murahan kerana perkara itu sudah 15 tahun berlalu.

Melly juga masih belum memberi sebarang kenyataan rasmi mengenai tuduhan tersebut.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas