Connect with us

Oh! Media

Penyanyi ‘Sakitnya Tuh Disini’ Tak Jadi Kahwin Dengan Mat Salih Sebab…

Ohmedia cita citata

Oh! Artis

Penyanyi ‘Sakitnya Tuh Disini’ Tak Jadi Kahwin Dengan Mat Salih Sebab…

Korang yang menggemari irama dangdut pasti mengenali Cita Citata seorang penyanyi dangdut terkenal di Indonesia. Cita Citata sebelum ini dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan bersama seorang jejaka mat salih dari Belanda namun terpaksa membatalkannya.

Cita yang mengenali Roy Geurts sejak setahun lalu bagaimanapun tidak berasa kesal memutuskan hubungan berkenaan. Bahkan dia berasa lega masih belum berkahwin kerana pasti lebih sukar jika sudah mempunyai anak bersama.

Cita citata gagal nikah

Itu cuma mencuba sahaja, kalau tak jadi jangan sedih. Dalam hal ini saya seolah-olah diselamatkan. Bayangkan kalau dah nikah, ada anak dan bercerai itu pasti lebih parah dan menyusahkan.

Penyanyi lagi Sakitnya Tuh Disini memaklumkan perkara itu dalam rancangan Tonight Show dan menganggap sesebuah hubungan itu perlu mempunyai keserasian.

IKLAN

Saya akan beri kesempatan terlebih dahulu. Kalau tak sesuai dan tak serasi ya tak perlu diteruskan. – Katanya.

Kita doakan sahaja yang terbait buat Cita dan semoga ditemukan jodoh yang sesuai.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas