Connect with us

Oh! Media

“Penyanyi Nasyid Juga Manusia Biasa” – Raihan Mohon Jangan Cepat Menilai Orang

Cover Photo Om 1200 X 675   2022 04 01t125651627

Oh! Artis

“Penyanyi Nasyid Juga Manusia Biasa” – Raihan Mohon Jangan Cepat Menilai Orang

Susulan pendakwaan penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman semalam di atas tuduhan menanam 17 pokok ganja serta mengedar dadah jenis sama, kumpulan nasyid popular iaitu Raihan memohon agar orang ramai tidak cepat menilai serta menghakiminya.

BACA: “Bila-Bila Masa Saya Boleh Gila” – Yasin Sulaiman Bimbang Kesihatan Merosot?

Sudah anggap Yasin sebagai rakan baik, salah seorang anggota kumpulan Raihan, Abu Bakar Mohd Yatim berkata tidak adil membuat tafsiran sendiri sedangkan tidak tahu hal sebenar yang dilalui oleh komposer tersebut.

IKLAN

Jangan cepat menilai orang

Memetik laporan Gempak, anggota kumpulan Raihan turut berkata, semasa kali pertama mendengar berita ini, mereka tidak melulu menilai Yasin.

Saya cakap begini bukan sebab Yasin kawan saya tetapi sesiapa pun, kita janganlah cepat menilai orang. Sebab kita tidak tahu apa yang dilaluinya kerana dia ada penyakit bipolar.

Dalam pada masa yang sama, kumpulan nasyid itu merasakan tidak adil untuk orang ramai berpendapat semua penyanyi nasyid bermasalah, kerana mereka juga merupakan manusia biasa yang melakukan kesilapan.

Doakan yang baik-baik buat Yasin

Kl08 31032022 mahkamah dadah 2271662 20220331131848

Tambahan lagi, mereka meminta untuk netizen bersangka baik pada penyanyi itu atas kerana beliau berpenyakit dan mendoakan agar Allah SWT sentiasa memimpinnya untuk hadapi masalah ini.

Penyanyi nasyid juga manusia biasa yang ada kelemahan dan kekurangan… Jadi untuk keadaan sekarang kita doakan yang baik-baik buat Yasin, anak-anak dan juga keluarganya.

Sekadar info, pada Khamis, Yasin yang juga merupakan anggota kumpulan The Brothers telah didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor dan berdepan dengan hukuman gantung mandatori mengikut Seksyen 39B Dadah Berbahaya 1952 jika terbukti bersalah.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas