Oh! Artis
Penyanyi Nasyid Didakwa Curang Dengan Anak Ahli Politik, Isteri Baru Bersalin
Isteri penyanyi nasyid dikatakan dah tahu dan benarkan suami kahwin lagi.
Sekitar April lalu, tular di media sosial dakwaan kononnya seorang penyanyi nasyid yang sudah beristeri curang dan mempunyai skandal.
Namun, pendedahan waktu tu tidak mendapat sebarang respon daripada penyanyi tersebut. Terkini, Gempak mendedahkan menerima mesej daripada seorang individu yang mendakwa mengenali siapa artis tersebut.
Sudah lama curang, wanita terbabit didakwa anak ahli politik
Katanya, penyanyi lelaki itu merupakan ahli kumpulan nasyid terkenal dan dikatakan menjalinkan hubungan sulit sejak tahun lalu.
Info yang orang tu bagi pada saya, hubungan artis ni dengan perempuan tu terjalin sejak pergolakan rumah tangga artis tu dengan isteri dia sejak akhir tahun lalu. Tapi tak ada orang tahu sebab diorang cuba tutup dengan up story yang indah-indah walaupun sebenarnya rumah tangga dah di hujung tanduk. Orang tu juga bagitahu yang perempuan ni adalah anak ahli politik dan umur dia 26 tahun.
Dakwanya lagi, penyanyi nasyid dan kekasihnya yang berusia 26 tahun sering dating di mall sekitar Kuala Lumpur.
Isteri baru bersalin

Lebih menyedihkan, isteri penyanyi tersebut rupa-rupanya baru bersalin dan tahu mengenai kecurangan suaminya.
Difahamkan juga, wanita yang dikaitkan sebagai orang ketiga itu merupakan anak kepada seorang ahli politik terkenal.
Pssttt! Sebagai figura yang menyampaikan mesej positif melalui lagu-lagu nasyid, sepatutnya menjadi contoh yang baik dalam menjaga rumah tangga. Tapi dakwaan ni belum sahih lagi korang, kita tunggu jelah respon tuan badan.
Kredit: Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
