Connect with us

Oh! Media

Penghawa Dingin Rosak, Saif Ali Khan Pening Nak Urus Rumah Sewa

rumah sewa

Oh! Artis

Penghawa Dingin Rosak, Saif Ali Khan Pening Nak Urus Rumah Sewa

Siapa je tak kenal Saif Ali Khan? Saif merupakan selebriti terkenal Bollywood yang sentiasa memberikan lakonan terbaik. Namun, sebagai seorang pelakon, dia juga merupakan manusia biasa yang tidak terlepas dari masalah rumah sewa.

ADVERTISEMENT

BACA: Saif Ali Khan Nafi Kareena Kapoor Peluk Islam Selepas Kahwin

Melalui laman Mstar, Saif Ali Khan telah menceritakan pengalaman menyewakan rumah sewa menerusi rancangan The Kapil Sharma Show. Saif Ali Khan memberitahu bagaimana kerenah penyewa rumah sewanya.

Sering terima panggilan

Saif Ali Khan menceritakan bahawa dia sering mendapat panggilan telefon daripada penyewa tentang kerosakan penghawa dingin dan masalah rumah bocor. Sejak dari itu, Saif Ali mengambil keputusan untuk mencari seseorang yang dapat membantunya menguruskan rumah tersebut.

Pada mulanya, saya akan jawab sendiri panggilan sedemikian. Tapi saya fikir saya harus mengupah pengurus untuk menguruskan semuanya.

Hasil diberi kepada Mak

Rumah sewa Saif Ali khan dikenali sebagai Istana Pataudi, dimana dia menyewakan Istana Pataudi ini untuk lokasi penggambaran. Saif mengatakan bahawa selain menjadi seorang pelakon, rumah sewa ini juga menjadi sebahagian dari sumber pendapatannya. Saif mengatakan hasil dari rumah sewa ini akan diberikan kepada mak nya.

Menjadi seorang pelakon ni, bukan lakonan sahaja yang boleh memberi sumber pendapatan. Banyak lagi cara untuk kita memperoleh sumber pendapatan. Kita boleh mencontohi Saif Ali khan dengan menyewakan rumah sebagai lokasi penggambaran. Bolehlah nanti beri duit lebih kepada mak kita kan?

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas