Connect with us

Oh! Media

Pengarah Filem Diminta Halang Penggiat Seni Tolak Vaksin Pergi Penggambaran

20210909 220919 0001

Oh! Artis

Pengarah Filem Diminta Halang Penggiat Seni Tolak Vaksin Pergi Penggambaran

Sebelum ini tersebar sekumpulan pelakon dan pengarah yang menolak vaksin tetapi masih mahu melakukan penggambaran di luar. Apa yang dilakukan mereka mendapat tentangan ramai artis yang menyifatkan ia mementingkan diri sendiri.

Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) akhirnya turut memberikan respon apabila menolak mereka yang tidak menerima vaksin. FDAM dalam satu arahan mahu pengarah filem tempatan memastikan semua yang terlibat dengan penggambaran sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

Bukan saja membabitkan pengarah, tetapi semua pelakon termasuk pelakon tambahan dan kru produksi wajib lengkap vaksin.

Kami tak mahu mereka yang menolak vaksin ini membawa atau dijangkiti virus, sekali gus membawa kesan kepada orang lain yang turut terbabit. – Kata Presiden FDAM Ahmad Ibrahim.

Keputusan ini adalah muktamat dan setiap pengarah perlu membuat laporan jika ada mereka yang terlibat masih belum divaksin.

IKLAN

Diharapkan semua pihak memainkan peranan dan tidak mementingkan diri. Semoga kita bebas dari pandemik Covid-19 tidak lama lagi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas