Oh! Artis
Pemain Bintang Manchester United Didakwa Pukul Teman Wanita Sampai Berdarah Bibir
Bintang bola sepak dunia pun tak terlepas dari menghadapi masalah-masalah peribadi macam ni tau. Baru-baru ini kecoh di media sosial bila seorang wanita mendakwa telah dipukul kekasih yang juga merupakan pemain muda kelab Manchester United, Mason Greenwood.
Mangsa yang dikenali sebagai Harriet Robson berkongsi gambar menunjukkan bibirnya yang berdarah di Instagram Story dengan dakwaan telah diperlakukan sebegitu oleh Greenwood.

Tidak cukup dengan itu, Robson turut berkongsi beberapa rakaman suara Greenwood yang bersikap kasar dan mengugutnya. Peminat sukan bola sepak ternyata terkejut dengan apa yang berlaku kepada pemain muda yang memiliki masa depan cerah bersama Manchester United.
Mason Greenwood's career might just be over. Kings, her No means No please. pic.twitter.com/VXefz7t2fi
— The Simp Police 🚨 (@TheSimpPolice_) January 30, 2022
United bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut tentang apa yang tersebar tetapi tidak akan menyokong dengan sebarang keganasan.
Kami sedia maklum mengenai gambar-gambar dan dakwaan yang tular di media sosial. Kami tidak akan membuat sebarang ulasan sehingga mendapat kesahihan fakta.

Jika dakwaan kekasih Mason Greenwood terhadapnya benar, ini pasti akan menjejaskan karier pemain yang beru berusia 20 tahun itu.
Kredit: Kosmo
+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM