Connect with us

Oh! Media

“Pelbagai Fitnah Saya Tanggung Sendiri”- Ebit Lew Luah Rasa Syukur Akhirnya Dibicarakan

Oh! Artis

“Pelbagai Fitnah Saya Tanggung Sendiri”- Ebit Lew Luah Rasa Syukur Akhirnya Dibicarakan

Selepas beberapa hari dibicarakan di mahkamah Tenom atas 11 pertuduhan kes gangguan seksual, pendakwah bebas, Ebit Lew akhirnya memberikan kenyataan.

ADVERTISEMENT

Ebit yang dilihat sentiasa tersenyum dan tenang itu meluahkan rasa syukurnya kerana akhirnya perbicaraan kes bermula.

Alhamdulillah, …syukur kepada Allah. Setahun saya menanti hari mahkamah ini. Pelbagai fitnah tidak berhenti yang tidak dapat disebutkan saya tanggung sendiri sejak balik dari Palestin tempoh hari.

Ebit juga melihat apa sahaja perkara yang dicakap dimahkamah perlu disertakan dengan bukti kukuh.

Dengan ke mahkamah ini, saya berharap dapat tahu kebenaran. Mahkamah adalah tempat yang paling tidak boleh cakap apa sahaja. Kena ada bukti dan sekiranya tiada bukti apa sahaja perkara pasti akan ditolak.

Bagaimanapun, Ebit turut berasa sedih kerana terpaksa menunggu lebih lama lagi untuk menyambung perbicaraan.

Sedih juga sebab kena menanti lagi. Kalau boleh saya nak teruskan Sabtu esok sahaja sampai habis tetapi bukan saya yang tentukan.

Peguam Ebit turut memohon tarikh yang lebih awal iaitu pada awal bulan November tetapi terpaksa akur untuk sambung bicara pada Dicember.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas