Connect with us

Oh! Media

Pelawak Terkenal Ditangkap Polis Disyaki Jadi Bapa Ayam

Ohmedia pelawak

Oh! Artis

Pelawak Terkenal Ditangkap Polis Disyaki Jadi Bapa Ayam

Terkini! Harian Metro melaporkan seorang pelawak terkenal telah ditangkap polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan seks di sebuah hotel Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

BACA: Kekasih Gelap Dedah Video Mirip Pelawak Tak Berbaju Atas Katil

Serbuan polis di sebuah hotel itu berlaku pada jam 10 pagi hari Ahad lepas. Pihak polis berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau dan menahan seorang pelawak lelaki berusia lingkungan 40-an. Wanita berkenaan dikatakan menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.

IKLAN

Menerusi Ops Pintas, kami berjaya menahan seorang lelaki. Seorang wanita berketurunan Melanau diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks.

Suspek direman selama empat hari manakala mangsa yang diselamatkan mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor. – Kata Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. Jika didapati bersalah boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan dikenakan denda.

Polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Perodua Axia bersama bungkusan kondom, wang tunai dan empat telefon bimbit. Suspek juga dikenakan kompaun atas kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas