Connect with us

Oh! Media

Pelakon Wanita Popular Didakwa Lupa Diri Lepas Jadi Jutawan Hasil Bisnes Tudung

Oh! Artis

Pelakon Wanita Popular Didakwa Lupa Diri Lepas Jadi Jutawan Hasil Bisnes Tudung

Lepas satu-satu kontroversi timbul melibatkan selebriti tempatan kita. Kali ini isu mengenai dakwaan seorang pelakon wanita popular dikatakan lupa diri selepas menjadi jutawan hasil bisnes tudung.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan portal Boom!, artis itu dipercayai bakal disaman rakan niaga kerana didakwa telah melanggar kontrak perjanjian yang dibuat mereka.

Sumber berkata, artis itu didakwa mula berubah sikap selepas bisnes mereka mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

Sekadar gambar hiasan

Sokongan pelanggan membuatkan perniagaan mereka meraih hasil jualan jutaan ringgit dalam masa singkat.

Artis itu didakwa tak profesional dalam menguruskan bisnes yang diusahakan bersama sejak beberapa tahun lalu.

Dakwanya lagi, rakan kongsi telah membuat perbincangan dengan abang kepada artis wanita itu namun tak ada jalan penyelesaian. Mereka adik beradik juga didakwa cuba menipu pembahagian keuntungan.

Sebagai rakan kongsi, dia mendakwa tak dapat sebarang keuntungan pun. Malah, dia dah cuba berhubung sendiri dengan artis itu untuk menyelesaikan masalah ini tapi gagal.

Rakan kongsi yang tak mendedahkan identiti berkata dia memberikan masa lima bulan untuk atur pertemuan secara bersemuka tapi tak dilayan bintang filem terkenal itu.

Aduhai biar betul dakwaan ni? Kalau melibatkan wang ringgit memang boleh jadi isu besar kan? Semoga ada jalan penyelesaian terbaik.

Kredit: BOOM!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas