Connect with us

Oh! Media

Pelakon Dedah Youtuber Terkenal Pegang Bahagian Dada Dan Jadi Mangsa Gangguan Seksual

youtuber

Oh! Artis

Pelakon Dedah Youtuber Terkenal Pegang Bahagian Dada Dan Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Ramai sebenarnya yang menjadi mangsa gangguan seksual di luar sana. Ada yang bersuara dan buat laporan polis tetapi ada juga yang mendiamkan diri kerana takut keadaan jadi lebih teruk. Ini samalah seperti apa yang dilalui pelakon wanita, Serene Clair yang mendedahkan menjadi mangsa gangguan seksual seorang Youtuber terkenal.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Utusan, Serene diraba Youtuber berkenaan ketika mereka mengambil swafoto bersama sebelum lelaki itu bertindak menyentuh bahagian dadanya.

Tanpa mendedahkan identiti Youtuber terbabit, Serene turut berkongsi pengalaman buruknya di media sosial tetapi rata-rata mempertikaikan kejadian itu.

Saya akui trauma sehingga terpaksa berdiam diri dalam masa beberapa bulan. Media mencari saya tetapi saya pilih untuk berdiam diri kerana bimbang pelaku menyerang saya dan keluarga. 

Dalam pada masa yang sama, ada produk batalkan kerjasama kami. Mereka anggap perkongsian saya itu sebagai reputasi buruk.

Ada pihak yang menuduh saya sengaja memuat naik luahan dalam laman sosial kerana inginkan perhatian.

Ketika itu saya buntu dan jujur saya tidak tahu apa yang harus dilakukan. Tujuan saya buat demikian supaya wanita lain berhati-hati malah dalam hantaran itu saya tidak sebut pun nama sesiapa.

Pemenang tempat kedua Miss Universe 2020 itu turut dituduh sengaja mencari publisiti murahan gara-gara episod hitam itu. Apapun, kita ambil sahajalah perkara baik daripada perkongsian Serene ini supaya mengingatkan orang sekeliling kita untuk lebih berhati-hati bila bergaul.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas