Connect with us

Oh! Media

Pelakon Dan Penyanyi Nafi Terlibat Kes Amang Seksual Remaja

Ohmedia afieq szwan nafi amang seksual

Oh! Artis

Pelakon Dan Penyanyi Nafi Terlibat Kes Amang Seksual Remaja

Afieq Shazwan nafi terlibat dalam kes amang seksual terhadap remaja dan beri penjelasan kepada media.

Nama penyanyi dan pelakon popular, ha, tiba-tiba dikaitkan dengan kes amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun baru-baru ini.

Namun, Afieq tampil menjelaskan bahawa dia langsung tidak terlibat dalam kes yang sedang disiasat pihak polis itu.

Nama Afieq Shazwan disebut kerana umur dan latar belakang sama…

Afieq Shazwan

Afieq atau nama sebenarnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 27, mengakui menerima banyak panggilan dan mesej daripada media dan kenalan yang mahu mendapatkan kepastian. Ini susulan ada pihak cuba mengaitkannya berdasarkan umur dan sejarah lakonannya.

IKLAN

Ada orang kata saya adalah individu itu tapi, sejujurnya memang saya tak tahu apa-apa dan itu bukan saya pun.- Katanya.

Menurut Afieq, dia baru pulang dari Sabah dan Sarawak kerana urusan kerja dan turut sibuk menguruskan persiapan sambutan Aidiladha bersama ibunya.

BACA: Pelakon Popular Ditangkap Polis, Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun

Nasihat rakan artis jaga diri, elak jatuhkan nama baik industri…

Afieq Shazwan

Walaupun sedikit kecewa kerana turut dikaitkan, Afieq tetap tenang dan enggan mengulas lanjut sebelum ini bagi menjaga sensitiviti dan perasaan rakan artis lain.

Saya tak nak benda ini jadi fitnah. Cuma apa yang saya baca, saya faham saja kenapa orang tuding jari. Mungkin cuba berteka-teki.- Katanya.

Afieq juga menasihati rakan-rakan artis supaya menjaga tingkah laku, lebih-lebih lagi sebagai ikon remaja yang sentiasa diperhatikan peminat.

Ramai orang minat karya kita. Jadi, kalau boleh, jaga nama baik kita dan hindari perkara seperti ini supaya tak jadi lebih buruk.- Ujarnya lagi.

Sebelum ini, seorang artis lelaki terkenal dilaporkan ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja yang dikenalinya di tempat kerja mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta 792.

Pssttt! Isu gangguan dan amang seksual bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Kita semua, terutamanya public figure, perlu sentiasa berhati-hati menjaga imej dan batas pergaulan. Jangan biarkan kelalaian merosakkan maruah dan masa depan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas