Connect with us

Oh! Media

Pejabat Agama Didakwa ‘Blacklist’ Nama Selebriti Lelaki Untuk Daftar Perkahwinan Lagi

vicky

Oh! Artis

Pejabat Agama Didakwa ‘Blacklist’ Nama Selebriti Lelaki Untuk Daftar Perkahwinan Lagi

Baru kahwin setahun sudah berpisah? Itulah apa yang dilalui oleh seorang selebriti Indonesia, Vicky Prasetyo yang menarik perhatian ramai apabila bercerai dengan isteri yang baru dikahwini setahun lalu, Kalina Ocktaranny.

ADVERTISEMENT

Punca perpisahan kali ini adalah kerana Vicky selalu bersama wanita cantik di tempat kerja dan dia tidak dapat menahan perasaan cemburu.

Menurut portal tempatan, selepas berita perpisahannya itu disiarkan ramai menyebut kembali tentang kenyataan Vicky suatu ketika dahulu.

Sebelum ini, Vicky pernah memberitahu pihak media yang dia telahpun bernikah sebanyak 24 kali. Terbaru, pihak Kantor Urusan Agama (KUA) pula memaklumkan telah menyenarai hitamkan nama Vicky daripada mendaftarkan perkahwinan baru.

Kahwin banyak kali hanya gurauan?

Bagaimanapun, ketika ditanya berkenaan hal itu Vicky menafikannya dan berkata kenyataan tentang berkahwin puluhan kali itu hanyalah sekadar gurauan semata-mata ketika dia muncul dalam satu rancangan bersama Raffie Ahmad.

Saya itu bercandaan sama Raffi Ahmad di program Okay Bos, ‘kamu nikah berapa kali’ ‘yang tercatat di KUA tiga, yang nggak resmi 21, jadinya 24. – Kata Vicky.

Tidak berhenti di situ, Vicky berkata masih ramai tidak mempercayai berita pernikahan itu meskipun dia sudah memberikan klarifikasi. Malah, dia turut menerima beberapa panggilan daripada rakannya di KUA yang bertanya hal sama.

Vicky Prasetyo ketika ditemui disela-sela pembukaan Bakso Bos Samson, di kawasan Tambun, Bekasi, Jawa Barat, Sabtu (22/1/2022).

Kata Vicky, dia akui apa yang berlaku itu adalah akibat yang perlu diterima dan dilaluinya kerana membuat gurauan sensitif seperti itu.

Terkejut juga kalau betul dah pernah kahwin 24 kali. Apapun seorang selebriti tak boleh bergurau macam tu sebab akan dijadikan bahan sensasi berita.

Kredit: tribunnews

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas