Connect with us

Oh! Media

“Pegang Mat, Syaitan Tu!”- Live Ceramah Ustaz Kazim Tiba-Tiba Jadi Kecoh Wanita Meracau

ustaz kazim

Oh! Artis

“Pegang Mat, Syaitan Tu!”- Live Ceramah Ustaz Kazim Tiba-Tiba Jadi Kecoh Wanita Meracau

Kita semua tahu tentang Datuk Mohd Kazim Elias yang kena sihir yang didakwa dihantar oleh seseorang selama bertahun-tahun. Walaupun masih lagi berada dalam keadaan kurang sihat dan mencari ‘ubat’, Ustaz Kazim masih gigih beri ceramah keagamaan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kalau Dia Tak Boleh Dapat Saya, Orang Lain Pun Tak Boleh” – Ustaz Kazim Dedah Sebab Disihir Kerana ‘Perasaan’

Sesi ceramah Ustaz Kazim ni kita boleh juga lihat secara langsung di TikTok dan ianya memang cukup baik. Namun, tular di aplikasi TikTok live ceramah ustaz menjadi huru hara apabila terjadi satu insiden yang tidak diduga.

Tiba-tiba ada peserta mengamuk tanpa sedar

Dapat didengari suara salah seorang peserta wanita lingkungan pertengahan umur yang secara tiba-tiba meracau dan mengeluarkan kata-kata kesat. Malah, ustaz terpaksa meminta bantuan orang ramai untuk mengawal wanita itu yang mungkin bertindak agresif dan boleh mencederakan dirinya.

Malah, ustaz turut terpaksa meminta bantuan orang ramai untuk mengawal wanita itu yang mungkin bertindak agresif dan boleh mencederakan dirinya.

Pegang mat, pegang.. sekejap ya, ada mak cik ‘tidak sihat’ dalam kelas kita. – Kata ustaz.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai beranggapan itu mungkin perbuatan aniaya yang dihantar kepada pendakwa itu dan mendoakan agar beliau sentiasa dilindungi daripada perkara itu.

@hafizlatif90 Ya Allah lindungilah perjuangan ustaz @UstazKazimOfficial ♬ original sound – Hafiz Latif

Dia tak boleh hantar ke ustaz, dia hantar dekat orang yang lemah dalam majlis.- netizen.

Sampai ke tempat ceramah orang tu send ye… kuat kan semangat ustaz Ya Allah.. amiin. – Tulis seorang pengikut.

Orang hantar sihir fitnah untuk ustaz. Orang tu hantar sihir dekat makcik tu supaya jadikan huru-hara live ustaz.- Tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Kita doakan yang baik-baik buat ustaz semoga cepat sembuh. Buat mereka yang terus menerus melakukan perkara terkutuk tu kita berdoa agar Allah berikan hidayah buatnya.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas