Connect with us

Oh! Media

“Patut Dia Tak Nak Pergi Sekolah” – Kak KM Kalah, Menangis Cerita Anak Sakit

Anak Kak Km

Oh! Artis

“Patut Dia Tak Nak Pergi Sekolah” – Kak KM Kalah, Menangis Cerita Anak Sakit

Di sebalik kontroversi usahawan jamu Kak KM, wanita ini kalah apabila melibatkan kesihatan anak. Kali ini, Kak KM menangis lagi apabila anak ketiganya iaitu Rania dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

BACA: “Hari Tu Sedih Anak Sakit” – Puji Comel Macam Barbie, Kak KM Undang Kritikan Netizen

Kata Kak KM, Rania memang dilahirkan dengan penyakit jantung berlubang namun sepanjang 13 tahun ini dia tiada sebarang masalah kesihatan.

IKLAN
Kak Km

Dia mendapat tahu anak kurang sihat semasa melakukan check up untuk ambil insurans kesihatan. Rupa-rupanya saluran pernafasan Rania didapati sempit.

Patut dia tak nak pergi sekolah, patut dia kata dia tak boleh naik tangga dia penat. Aku ni mengamuklah marah dia tak nak pergi sekolah. Semua orang marah dia.

Dia pun tak tahu nak cakap dia tu tak boleh nafas, tangkap jantung sakit ke apa.

Menurut doktor, Rania perlu dibedah segera disebabkan tahap kesihatan dia yang semakin teruk. Untuk pembedahan, usahawan ini mengeluarkan kos sehingga RM100,000.

Kak Km

Sebagai seorang ibu, usahawan ini sebak melihat anak ditebuk di bahagian dada, dipakaikan tiub dan sebagainya.

Anak mama paling kuat, paling rajin, paling baik selalu tolong mama. Mama bangga sangat dengan Baby. Syukur alhamdulillah Allah angkat sakit anak mama.

Dengan kuasa Allah SWT, prosedur pembedahan Rania berjalan lancar dan dibenarkan pulang ke rumah tak lama lagi.

Tonton video penuh:

@lianaroslikakkm

♬ original sound – kakkm@sweetdara

Kredit: TikTok @lianaroslikakkm | Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas