Connect with us

Oh! Media

“Orang Yang Baru Berhijab..” – Netizen Suka Watie Pakai Sopan, Ini Respon Ibu Shuib

ibu shuib

Oh! Artis

“Orang Yang Baru Berhijab..” – Netizen Suka Watie Pakai Sopan, Ini Respon Ibu Shuib

Hubungan istimewa pelawak Shuib dan usahawan Watie Hanifiah nampaknya masih menjadi sebutan sehingga ke hari ini.

ADVERTISEMENT

Sebelum ini, Watie menerima teguran kerana dikatakan berpakaian terlalu ketat mengikut bentuk tubuh.

BACA: Bakal Isteri Shuib Ubi, Watie Sekali Lagi Jadi Sasaran Netizen

Terbaru, ibu Shuib iaitu Salamiah Jalani mengundang perhatian ramai apabila memuat naik video bersama Watie di laman TikTok.

Ibu Shuib buat video TikTok dengan bakal menantu

@amysalmi22

♬ Kurangnya Apa – Arief

Menerusi video yang dikongsi, Salamiah dan bakal menantunya itu dilihat membuat lip sync lagu Kurangnya Apa daripada penyanyi, Arief.

Apa yang menjadi perhatian netizen adalah penampilan Watie yang dilihat lebih sopan dan manis bertudung bawal putih.

Netizen berpendapat gaya seperti itu lebih cantik berbanding pemakaian ketat yang sering digayakannya sebelum ini.

watie shuib

Membalas kepada komen netizen, ibu Shuib memohon Watie diberikan masa memandangkan dia baru belajar berhijab. Sudah tentu ianya tak sempurna tetapi boleh dididik secara perlahan-lahan.

Kredit: TikTok amysalmi22

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas