Oh! Artis
“Artis Jutawan Tu Berhutang” – Norman Hakim Terkedu Namanya Dipetik Tiba-Tiba
Norman Hakim terkedu bila namanya dikaitkan dengan dakwaan hutang oleh individu misteri di media sosial.
Pelakon terkenal, Norman Hakim dikejutkan dengan satu dakwaan apabila seorang pengguna akaun @camismail77 memetik namanya secara terbuka di media sosial.
Dalam hantaran tersebut, dia mendakwa Norman yang sudah berstatus jutawan kini mempunyai hutang yang masih belum selesai.
Norman Hakim berhutang tak bayar?

Apa yang lebih mengejutkan, pengguna itu siap menyebut,
Ada sesiapa kawan baik dengan Norman Hakim..!? Yang artis jutawan tu..! Mohon lah dia hubungi dengan sesiapa yang dia berhutang..!? PM saya. Terima kasih.
Norman bingung dan terus tanya balik

Tak tunggu lama, Norman sendiri tampil memberikan respon dalam nada terkejut. Norman bertanya mengapa namanya disebut dan dengan siapa dia berhutang.
Bukan itu saja, pelakon Gerak Khas ini turut memuat naik satu tangkap layar menunjukkan dia tidak boleh balas komen terbaru dari akaun sama malah tertanya-tanya kenapa interaksi disekat.
Dalam tangkap layar tersebut, @camismail77 mengungkit satu peristiwa lama berkaitan pembelian kereta:
Salam Bro, Norman, ingat tak Bro Norman beli Merc..190E, 2.3 di Kg Pandan, suatu masa dahulu?
Ruangan komen terus dibanjiri dengan pelbagai reaksi. Ada yang mempertahankan Norman, tak kurang juga yang tertanya-tanya apakah punca sebenar sehingga isu ini tiba-tiba dibuka selepas bertahun lamanya.
Buat masa ini, Norman belum keluarkan kenyataan rasmi, namun tindakannya membalas dengan tenang dan ingin tahu situasi sebenar menunjukkan beliau bersedia menyelesaikan perkara ini secara terbuka.
Pssttt! Mungkin ada salah faham yang boleh dibincangkan elok-elok. Tuan badan pun dah tampil beri respon.
Kredit: Threads Norman Hakim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.