Connect with us

Oh! Media

Norman Hakim & Keluarga Didakwa Langgar SOP Selepas Foto Raya Tular

5f356148 4bce 4a45 a735 15da2bf8c133

Oh! Artis

Norman Hakim & Keluarga Didakwa Langgar SOP Selepas Foto Raya Tular

Baru-baru ini, gambar raya Norman Hakim bersama ahli keluarganya tular di laman sosial kerana didakwa melanggar prosedur operasi standar (SOP) dan kerana itu, seluruh keluarga pelakon tersebut akan disiasat oleh polis untuk memberi keterangan berhubungan dengan isu tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata pihak beliau menerima satu laporan berkaitan dengan isu melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa raya pertama.

Gambar berkenaan menunjukkan sambutan hari raya bersama seisi keluarga yang disyaki tidak tinggal sebumbung. Kejadian itu disyaki berlangsung di kediaman selebriti berkenaan yang terletak di Hulu Kelang.

Tambahnya lagi, perkara yang dilihat dalam gambar tersebut dijalankan tanpa mengikut SOP Aidilfitri iaitu tidak boleh melakukan aktivit ziarah-menziarahi yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

IKLAN

Siasatan telah dijalankan mengikut Peraturan 17 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

C5cfcfa2 7561 4e7d 80b3 9e23fff332cf

Mohamad Farouk turut berkata kes ini masih di dalam siasatan dan pihak polis akan memanggil kesemua ahli keluarga Norman Hakim untuk memberikan keterangan lanjut dan menasihati orang ramai untuk tidak membuat spekulasi sendiri memandangkan kes ini masih dalam siasatan.

Kredit: Malaysia Gazette

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas