Connect with us

Oh! Media

Datuk Awie Didakwa Langgar SOP, Polis Panggil Untuk Ambil Keterangan

Oh! Artis

Datuk Awie Didakwa Langgar SOP, Polis Panggil Untuk Ambil Keterangan

Kali ini penyanyi dan pelakon, Datuk Awie pula dipanggil untuk diambil keterangan selepas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam satu majlis.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, sebelum ini tular di media sosial video berdurasi kurang seminit memaparkan Awie dan beberapa individu tidak memakai pelitup muka dalam satu majlis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata bahawa pihak mereka telah menerima laporan polis tengah hari tadi tentang pelanggaran SOP berkenaan ketika menjalayakan majlis misi kemanusiaan.

Penganjur dan juga beberapa individu yang turut terbabit akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Kesemua yang terbabit dalam kes ini termasuk penganjur program akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk diambil keterangan.

Siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera dan akan dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk sebarang keputusan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Pemulihan) No. 3, 2021.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas