Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Noh Salleh Ludah Sebab Kena Renjatan Elektrik” – Pengurus Dedah Hal Sebenar

Noh Salleh sekali lagi dikecam selepas tular video memaparkan aksinya meludah ketika berada di atas pentas. Kejadian itu berlaku ketika beliau mempersembahkan lagu di konsert Hausboom Music 2022.

BACA : “Nasib La Siapa Kena Tu” – Tular Video Noh Salleh Meludah Atas Pentas

IKLAN

Dalam video yang dimuat naik seorang pengguna Twitter, kelihatan Noh meludah ke arah peminat yang berada di bawah dan rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan sikap penyanyi tersebut. Siap ada yang menggelarnya biadap dan pengotor.

Terkini menurut laporan mstar, pengurus Noh, Ahmad Ariffin tampil menjelaskan isu sebenar dan mengatakan bahawa Noh Salleh bukan saja-saja meludah.

Noh dikatakan meludah akibat terkena renjatan elektik ketika sedang meletakkan mikrofon dekat dengan mulutnya.

Dakwaan Noh meludah ke bahagian penonton adalah tidak benar. Jarak penonton dan pentas juga dipisahkan oleh besi penghadang. Jadi tak mungkin terkena penonton.

Noh terasa seperti ada renjatan elektrik ketika meletakkan mikrofon dekat dengan mulutnya. Bagi mengalihkan rasa sakit, Noh secara spontan meludah.

Pengurusnya itu juga turut meminta maaf andai kata ada sesiapa yang terkena ludahan itu. Hm, bukan saja-saja Noh nak ludah, jangan pandai-pandai buat andaian dan ‘judge’ orang sesuka hati. Apa pandangan korang?

Kredit: mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas