Connect with us

Oh! Media

Foto Boss Ned Dan Nadia Brian Berpegangan Tangan Undang Perhatian

Ohmedia boss Ned Nadia Brian

Trending

Foto Boss Ned Dan Nadia Brian Berpegangan Tangan Undang Perhatian

Momen romantis Boss Ned bersama Nadia Brian dengan foto pegang tangan undang perhatian netizen!

Ahli perniagaan terkenal, Nedim Nazri atau Boss Ned dilihat semakin terbuka berkongsi momen romantis bersama pelakon jelita, Nadia Brian sekali gus mencuri perhatian warganet.

Perkongsian terbaharu di Instagram nyata membuatkan ramai tersenyum sendiri melihat keakraban mereka.

Foto pegang tangan Boss Ned dan Nadia Brian undang perhatian

Nadia

Menerusi satu foto yang dimuat naik, Boss Ned dan Nadia dilihat saling berpegangan tangan di sebuah lokasi yang tidak didedahkan.

IKLAN

Dalam gambar tersebut, Boss Ned tampil ringkas dengan persalinan serba hitam, manakala Nadia pula kelihatan anggun mengenakan busana berona merah yang menyerlah.

Ayat penuh makna

Boss Ned

Tanpa kapsyen panjang berjela, Boss Ned hanya menitipkan ayat ringkas namun cukup manis.

Awak ialah insan istimewa di fikiranku.

Ayat tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi, dengan ramai peminat mula membuat spekulasi mengenai hubungan mereka.

Lebih menarik, foto romantis itu sebenarnya dirakam oleh aktres Tiz Zaqyah, sekali gus menambahkan lagi perhatian netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Pssttt! Dalam berkongsi kebahagiaan, biarlah sederhana dan matang. Doa yang baik-baik daripada orang ramai itu lebih bermakna daripada spekulasi berlebihan.

Kredit:
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas