Connect with us

Oh! Media

Terjawab Sudah Siapa Pelakon Lelaki Ditangkap Salah Guna Dadah Di Perak

0002 9745176170 20211011 193733 0000

Trending

Terjawab Sudah Siapa Pelakon Lelaki Ditangkap Salah Guna Dadah Di Perak

Nampaknya nama seorang pelakon lelaki yang dipetik netizen terkait dengan kes penyalahgunaan dadah adalah tepat. Sebentar tadi, kami ada melaporkan netizen telah memetik nama Niezam Zaidi selepas tersebar maklumat namanya ditangkap di WhatsApp.

BACA: Syafie Naswip Nafi Terlibat Kes Penyalahgunaan Dadah, Netizen Petik Pula Nama Niezam Zaidi

Pihak produksi sebuah telefilem bagaimanapun tampil menyatakan mereka tidak terlibat dengan tangkapan pelakon mereka Niezam termasuk pengarah dan penolong pengarah. Ini kerana kesalahan yang dilakukan mereka bertiga adalah bersifat pribadi.

IKLAN

Syafiqa Zamri yang merupakan Penerbit Eksekutif Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd mengakui penglibatan mereka. Rakaman drama di Kuala Kangsar sebenarnya sudah selesai Sabtu lalu dan mereka sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur untuk menyambung rakaman di sini. Hanya Niezam sahaja yang tidak terlibat lagi kerana sudah selesai penggambaran.

Sepatutnya mereka dah selesai penggambaran dengan kami dan boleh pulang tapi mereka memilih untuk terus berada di homestay. – Kata mereka kepada mStar.

Syafiqa turut memaklumkan pihak mereka telah mengetahui penangkapan ini pada Ahad lalu tetapi tidak dapat mengulas lanjut kerana masih dalam siasatan.

Mereka juga akan menukar pengarah lain untuk memastikan baki penggambaran dapat berjalan lancar.

Mereka masih dalam tahanan bagi membantu siasatan. Setakat ini belum ada apa-apa perkembangan terbaharu yang boleh dikongsi.

Jadi terjawablah sudah siapa yang terlibat dan diharapkan netizen tidak lagi memetik nama sesiapa yang tidak terlibat dengan kes ini.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas