Oh! Artis
“Ni Lagi Sekor, Drama Kuat” – Izreen Azminda Hilang Sabar Dengan Intan Salleh, Nama Biras Pun Kena Petik
Konflik di antara pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Salleh nampaknya masih tak selesai biarpun sudah 6 tahun berlalu.
Lebih hangat lagi apabila Izreen bertindak menfailkan saman berkenaan status yang dibuat Intan di Instagram.
BACA: “Bawak Suami Sekali” – Berperang Di IG Story, Izreen Azminda Ajak Bekas Madu Berjumpa
Awal hari ini, Intan ada memuat naik luahan hati mengenang nasib dirinya yang tak habis-habis diuji. Wanita ini juga ada menyebut mengenai isu saman yang kini sedang berjalan.
Luahan Intan ini nampaknya mendapat respon balas daripada Izreen. Di Instagram Story, Izreen mendakwa Intan ‘berhalusinasi’ kononnya dikacau sedangkan dia sendiri terlebih dahulu membuat provokasi.

Kata Izreen, dia akhirnya tampil dengan tuntutan saman kerana tak tahan dengan ‘drama’ yang dibuat bekas madunya itu di media sosial.



Pelakon ini turut memuat naik beberapa screenshot menunjukkan Intan mencabar pihaknya dan ianya akan dijadikan sebagai bukti di mahkamah.

Tak cukup dengan itu, pelakon kelahiran Perlis ini juga ada memetik birasnya yang dikatakan talam dua muka. Fuh panas ni!

Jelas Izreen, dia berusaha mendiamkan diri selama ini di atas permintaan suaminya Ude. Dakwanya lagi, dia sudah seikhlas hati meminta maaf ketika dipanggil bersemuka bersama Melodi tetapi lain pula yang jadi.

Apa-apa pun, pelakon ini menyerahkan keputusan kes saman kepada mahkamah untuk menentukan kebenaran. Sama-sama kita nantikan.
Kredit: Instagram Izreen Azminda
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media