Oh! Artis
“Harap Boleh Ganti Muslim Pro”, Netizen Tak Sabar Tunggu Aplikasi TheNoor
Baru semalam viral tentang aplikasi Muslim Pro yang dikatakan jual maklumat peribadi pengguna pada tentera Amerika Syarikat. Walaupun ramai yang masih berteka-teki tentang kesahihannya, tapi ramai users yang dah buat keputusan untuk terus uninstall apps tersebut.
BACA : Aplikasi Muslim Pro Jual Data Peribadi Pengguna Pada Tentera AS?
Ngam-ngam pula keluar cerita yang Neelofa merancang untuk launch satu aplikasi Islamik baru yang diberi nama TheNoor. Ia dikuatkan lagi dengan post di IG Story Neelofa yang seolah-olah mengiyakan perkara tersebut. Wah, menarik betul!

Bahkan, apps ni dah ada Instagram officialnya sendiri. Kalau ikutkan, posting dah dibuat dari bulan September. Tapi mungkin disebabkan berita yang mengejutkan tentang Muslim Pro tu, netizen mula cari alternatif lain dan TheNoor mula dapat perhatian mereka.

Rata-rata netizen memang beri reaksi positif dengan kehadiran apps baru ni. Tak kurang juga tau yang harap ia boleh challenge apps Muslim Pro. Amboi, tinggi betul ya hajat netizen.


For now, belum ada apa-apa maklumat lagi tentang bila apps ni akan dilancarkan. Apa-apapun, harapnya ia dapat beri seribu satu manfaat pada pengguna nanti. Tapi buat masa sekarang, kita kena tunggu dulu lah ya!
Kredit: beautifulnara, Instagram TheNoor
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM