Connect with us

Oh! Media

“Kalau Awak Rasa Suara Dia Sengau, Itu Keunikan Dia”, Netizen Pertikai Pendapat Tok Ram

Oh! Artis

“Kalau Awak Rasa Suara Dia Sengau, Itu Keunikan Dia”, Netizen Pertikai Pendapat Tok Ram

Ingatkan dah settle, rupanya masih ramai lagi peminat yang tak puas hati dengan penyingkiran Yantzen dari pentas Gegar Vaganza minggu lepas. Bahkan, ada juga yang terus comment luahan tak puas hati di posting terbaru salah seorang juri tetap GV, Datuk Ramli MS atau Tok Ram.

Bukan itu je, ramai juga yang persoalkan kenapa Noraniza Idris atau Kak Ani selalu dapat tangga teratas sedangkan suara tak lah sesedap mana. Ke guna cable sebagai seorang legend? Tak berdiam diri, Tok Ram tampil beri penjelasan tentang isu tersebut.

BACA : “Keluarkan Mak Cik Kirim Salam Tu”, Netizen Bengang Yantzen Tersingkir Dari GV

Tok Ram banyak tekankan yang seorang artis perlu punyai daya intelek dalam mempersembahkan karya mereka. Kalau nak harap rupa, memang juri tak akan beri markah. Apa yang Tuhan bagi atau God given pun, tidak akan dinilai oleh juri.

Seorang netizen dengan profile @leenisme juga turut menyokong statement dari Tok Ram. Bila dah sentuh pasal God given, termasuklah sekali ‘suara sengau’ Kak Ani yang selalu dikecam oleh netizen. Kalau korang rasa suara Kak Ani sengau, itulah yang buat dia unik dan berbeza dari orang lain. Yelah, kalau fikir balik, betul juga. Bila Kak Ani nyanyi, orang dah boleh tahu itu dia tanpa perlu tengok pun sebab ada originality.

Tambah Tok Ram lagi, Kak Ani selalu buat kesilapan yang minimum dalam persembahan. Sebab itulah markah dia tinggi. Sebab di awal persembahan, semua peserta dah dapat 100 markah. Kemudian bila ada buat salah, baru markah akan dipotong one by one. Alahai, sampai macam tu Tok Ram kena explain supaya netizen faham.

“Bila minimal kesilapan, automatik akan berada di atas. Kalau ini pertandingan siapa suara sedap, minggu pertama dia (Noraniza Idris) dah keluar.” – tambahnya.

Dah explain pun, ada juga lagi yang tak puas hati dan pertikai. Hm, takpelah Tok. Tok pun bukannya baru lagi jadi juri GV. Dah 7 musim. Konsert pun tinggal lagi dua minggu. Tok buat je lah kerja macam biasa. Haters gonna hate!

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending

ITTIFY

To Top