Oh! Artis
Netizen Lagakan Zaquan Adha Dan Rita Rudaini, Ini Respon Tuan Badan!
Baru-baru ini, pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha tampil memohon agar pihak tidak bertanggungjawab berhenti melaga-lagakan dirinya dengan bekas kakak iparnya, Rita Rudaini.
Menerusi Instagram Story, Zaquan berkongsi tangkap layar sebuah posting di Facebook yang memaparkan gambar dirinya di sebelah kiri dan Rita di sebelah kanan dengan satu kenyataan yang tidak benar.
Didik anak-anak kau, jangan sakit nak mati ada orang cakap bukan-bukan fasal kau.
Zaquan meminta agar individu tersebut berhenti menyebarkan dakwaan seperti itu kerana ia hanya akan mengundang kecaman tidak berasas daripada netizen.
“Kesian netizen dapat dosa kering” – Zaquan Adha

Zaquan turut menyelar tindakan pihak terbabit yang mengapi-apikan fitnah hingga mengheret netizen ke dalam isu ini.
Kesian mak cik-mak cik bawang yang komen, tak pasal-pasal dapat dosa kering.
Beliau menyeru orang ramai agar lebih berhati-hati dengan maklumat yang dikongsi di media sosial dan tidak menyebarkan perkara yang tidak sahih.
Kisah lama Aidil Zafuan dan Rita Rudaini

Sebagai info, abang kepada Zaquan, iaitu Aidil Zafuan, pernah mendirikan rumah tangga bersama Rita Rudaini pada tahun 2008. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata tetapi bercerai pada tahun 2013.
Walaupun kisah rumah tangga ini telah lama berlalu, ia masih menjadi topik hangat sesetengah pihak, lebih-lebih lagi apabila melibatkan Zaquan yang tidak berkaitan secara langsung dengan isu tersebut.
#OhmediaNasihat
Elakkan menyebarkan fitnah dan dakwaan tidak berasas di media sosial. Perbuatan ini bukan sahaja menjatuhkan reputasi orang lain, tetapi juga membawa dosa tanpa disedari. Hormati privasi dan kehidupan individu, terutamanya mereka yang pernah melalui cabaran besar dalam hidup.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram Zaquan Adha
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM