
Oh! Artis
Netizen ‘Korek’ FB Post Lama Abang Ipar Shuib, Apa Kes?
Oleh
Baru-baru ini, abang ipar Shuib Sepahtu, Ahmad Firdous Raissuddin telah masuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana kekurangan oksigen selepas dijangkiti wabak yang melanda. Di Twitter, tular beberapa screenshot berhubung posting yang pernah dibuatnya sebelum ini di Facebook. Apa kes ni?
BACA : Tahap Oksigen Abang Allahyarham Siti Sarah Menurun, Shuib Fobia
Menurut perkongsian di Twitter @arifeddy12, terdapat beberapa tangkap layar berhubung pandangan Firdous mengenai pengambilan vaksin yang dibandingkan bersama keadaannya yang sedang menerima rawatan disebabkan wabak yang melanda.
Before After
— A.E اريف ايددي 🇲🇾🇵🇸 (@arifeddy12) August 15, 2021
Semoga cepat sembuh. pic.twitter.com/Vgd6rDqclI
Walaubagaimanapun, @arifeddy12 menjelaskan bahawa posting FB lama Firdous ‘dikorek’ supaya memberi kesedaran betapa pentingnya pengambilan vaksinasi sekaligus dapat mencapai herd immunity di Malaysia. Apapun, semoga kita semua dilindungi dari wabak ini dan kita sama-sama ikhtiar untuk mengelak daripada dijangkiti dengan mengambil vaksin serta mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan.
Sebelum ini, Ahmad Firdous dimasukkan ke hospital selepas dua hari pemergian Allahyarhamah Siti Sarah. Kemudian, abang ipar Shuib ini dimasukkan ke ICU Hospital Serdang sebelum dilaporkan telah kembali stabil pada Jumaat lepas.
Kredit: Twitter @arifeddy12
