Connect with us

Oh! Media

Netizen Dakwa Watie ‘Try Hard’ Nak Tiru Suara Siti Sarah

Oh! Artis

Netizen Dakwa Watie ‘Try Hard’ Nak Tiru Suara Siti Sarah

Baru-baru ini, Watie Hanifiah telah menjadi perhatian ramai setelah memuat naik video di laman Instagram sedang menyanyi lagu Indonesia berjudul Rapuh penuh dengan emosi.

ADVERTISEMENT

Setelah memuat naik video berkenaan, netizen kebanyakkannya memuji kelunakkan suara wanita yang kini sedang rapat dengan pelawak, Shuib Sepahtu.

Bukan itu saja, suara wanita tersebut turut dikatakan lebih kurang sama dengan suara Allahyarham Siti Sarah iaitu isteri Shuib.

Meninjau di ruangan komen, netizen mendakwa Watie mempunyai ciri-ciri yang pernah disebut oleh penyampai radio Suria FM itu iaitu seorang wanita pandai bernyanyi tetapi tidak berasal dari industri seni.

Biarpun menerima banyak pujian, Watie tidak dapat lari dari kecaman beberapa netizen yang mengatakan dirinya try hard untuk nampak sama dengan sebutan yang kurang jelas.

Kredit: Instagram Watie

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas