Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Netizen Cekap & Kerja Keras Cari Bahan Bukti Neelofa Ke Nilai Beli Karpet

Pasangan baru berkahwin Neelofa dan Muhammad Haris sekali lagi membuatkan netizen tidak berpuas hati apabila tersebar video di Instagram Story Neelofa yang menunjukkan mereka berada di sebuah kedai karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan.

Ini juga menunjukkan mereka sekali lagi berjaya melepasi sekatan merentas negeri. Ini telah membuatkan netizen sekali lagi bekerja keras untuk mencari bukti bagi mengukuhkan lagi dakwaan walaupun kini sudah dalam siasatan pihak polis.

IKLAN

Hasil siasatan netizen akhirnya berjaya menjumpai status Facebook dipercayai pemilik kedai karpet berkenaan dengan ucapan terima kasih kepada pasangan terbabit yang berkunjung ke kedainya.

Terima kasih Nilofa dan Harris Ismail belanja ke Naeem Carpet Nilai 3 hari ini. Thanks. – Tulisnya.

Sebelum ini Neelofa telahpun dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 dan suami PU Riz pula RM10,000. 20 ahli keluarga Neelofa turut dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang dan nampaknya jika benar mereka melanggar SOP, sesuatu perlu dilakukan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas