Connect with us

Oh! Media

Nelydia Senrose

Oh! Artis

Nelydia Senrose Akhirnya Bersuara Isu Tak Lagi Bertudung Setelah Sekian Lama!

Pelakon terkenal, Nelydia Senrose akhirnya tampil bersuara berhubung kontroversi penampilannya tanpa hijab yang menjadi bualan ramai setelah sekian lama. 

Menurut laporan mStar, dia sedang berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik dan meminta orang ramai agar memberikan ruang untuknya.

IKLAN

Macam saya pernah cakap sebelum ini, saya sedang mencuba dan tak akan berhenti mencuba menjadi manusia lebih baik. Saya rasa itulah jawapan daripada saya.

Nelydia Senrose harap peminat terus mendoakan

nelydia senrose

Walaupun menerima pelbagai kritikan, Nelydia memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai penampilannya. 

Sebaliknya, dia berharap agar peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Saya harap orang ramai doakan saya menjadi lebih baik. Doa-doa itu pasti akan kembali kepada mereka juga.

Kembali ke dunia lakonan

nelydia senrose

Setelah setahun menyepi, Nelydia bakal muncul di kaca televisyen menerusi drama terbaru Seindah Hujan Cinta

Katanya drama ini menarik dan watak yang dibawanya kali ini lebih mencabar kerana memiliki sisi gelap.

Saya rindu nak berlakon. Watak ini berbeza dan agak mencabar, mungkin ada elemen antagonis. Lagipun bayaran setimpal.

#OhmediaNasihat

Kritikan adalah lumrah kehidupan, tetapi jangan lupa bahawa setiap individu melalui perjalanan hidup yang berbeza. Sebagai masyarakat, marilah kita saling mendoakan kebaikan dan memberi ruang untuk perubahan positif.

Nelydia Senrose

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas