Connect with us

Oh! Media

Neelofa Teruk Dikecam Selepas Pertikai Pihak Sekolah Bilal Tidak Beri Akses CCTV Untuk Ibu Bapa

neelofa

Oh! Artis

Neelofa Teruk Dikecam Selepas Pertikai Pihak Sekolah Bilal Tidak Beri Akses CCTV Untuk Ibu Bapa

Salah ke ibu bapa nak minta akses CCTV pusat jagaan anak kita? Rasanya itu hak penjaga selepas banyaknya isu dera yang berlaku sekarang ni. Apapun, perkara ini turut dibangkitkan selebriti terkenal Neelofa.

ADVERTISEMENT

Perkara itu dikongsikan Neelofa di Instagram Story di mana sekolah yang dipilih untuk anak sulung, Muhammad Bilal tidak membenarkan ibu bapa mengakses atau melihat kamera litar tertutup yang dipasang di dalam sekolah.

Minggu depan, Bilal akan memulakan sesi pra sekolah, dan saya bertanyakan sama ada ibu bapa boleh mengakses CCTV di sekolah memandangkan kawan saya dibenarkan untuk berbuat demikian di sekolah anaknya.

Tapi, sekolah yang saya rancang untuk Bilal memulakan sesi pra sekolah tidak membenarkan untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, tak sangka pula luahan kekecewaan Neeloga ni dapat reaksi negatif dan disebarkan pula di aplikasi X. Individu itu menganggap ibu bapa kepada dua anak itu paranoid dan memiliki ‘main character sindrome’.

Malah, ada yang mengkritik Neelofa agar home schooling Bilal dan tidak perlu menghantarnya ke sekolah jika mempunyai banyak permintaan.

Dalam banyak-banyak kritikan negatif, di satu sisi yang lain ramai juga netizen yang mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang menempelak permintaan Neelofa kerana merasakan ia adalah hak mereka sebagai ibu bapa.

Apatah lagi di saat terlalu banyak kes kecuaian dan keganasan di sekolah terutamanya pusat asuhan dan tadika pra sekolah, meminta untuk melihat dan mengakses CCTV dilihat perlu dan tidak perlu dipersoalkan lagi.

Kredit: X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas