Connect with us

Oh! Media

Peminat Beri Kata-Kata Positif Atas Tindakan Neelofa

Oh! Artis

Peminat Beri Kata-Kata Positif Atas Tindakan Neelofa

Pernah menarik perhatian ramai di antara Pengacara Neelofa dan pelakon Fazura apabila dikatakan mereka berdua mempunyai hubungan yang dingin disebabkan kontroversi yang pernah melanda, tapi sekarang lain pula cerita dia.

ADVERTISEMENT

Peminat dan pengikut mereka di laman sosial berasa gembira bila mereka berdua di lihat seperti sudah move on dengan masa lalu.

Neelofa baru-baru ini telah ‘like‘ atau suka pada gambar Nur Fatima Aisya iaitu anak sulung kepada Fazura dan suaminya, Fattah Amin yang telah dimuat naik oleh laman Instagram MeleTOP dua hari lepas.

Di ruang komen pula, ramai netizen dilihat telah beri reaksi yang positif dengan tindakan Neelofa itu. Netizen juga turut mendoakan yang terbaik buat mereka berdua dan berharap supaya mereka dapat melupakan kisah lalu yang pernah terjadi di antara mereka berdua.

Aku memang berharap one day Neelofa dengan Fazura face to face dan berbaik.

Alhamdulillah, saya peminat Neelofa dan Fazura. Semoga menjalin hubungan silaturahim. Terharu pula rasa, sebab jarang tengok Neelofa like gambar.

Neelofa pun suka dekat anak Fazura ni. – Kata netizen di Instagram.

Apapun sekarang masing-masing dah pun ada kehidupan sendiri, di mana Fazura kini sudah pun bergelar ibu selepas mendirikan rumah tangga bersama Fatah pada 2017. 

Neelofa pula bakal mengikut jejak langkah sama untuk ke jinjang pelamin apabila sudah dirisik pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz.

Kisah lama tu biar lah jadi pengajaran buat mereka berdua. Siapa la kita nak menghukum tak gitu? Bak kata orang, buang yang keruh, ambil yang jernih agituw.

Kredit: MeleTOP

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas