Connect with us

Oh! Media

“Saya Korbankan Apa Yang Paling Saya Suka Iaitu Kecantikan Di Dunia.” – Neelofa

Oh! Artis

“Saya Korbankan Apa Yang Paling Saya Suka Iaitu Kecantikan Di Dunia.” – Neelofa

Standard lah semua wanita mesti nak nampak cantik, betul? Sebab tu lah kadang-kadang ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit sebab nak beli produk, beli baju, beli aksesori dan macam-macam lagi supaya nampak cantik. Begitu juga dengan Neelofa.

ADVERTISEMENT

Neelofa mengaku sebelum ni dia tak pernah terfikir pun nak berniqab. Tapi, dia ambil keputusan untuk berubah selepas mengetahui apa ganjaran yang akan dia dapat dari Allah SWT nanti.

Saya sendiri masa nak tutup wajah dengan niqab pun bukan satu perkara yang mudah. Kali pertama terfikir nak pakai niqab saya sendiri tak pernah terbayang pun. Tapi, selepas tahu ganjaran yang akan diperoleh, maka saya korbankan apa yang paling saya suka iaitu kecantikan di dunia ini.” – katanya.

Dalam sesi live nya di Instagram Kasih Neelofa sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, Neelofa turut berkongsi pesanan Rasulullah SAW buat semua kaum Hawa. Antara perkongsiannya adalah tentang erti sebenar menjadi seorang wanita dan isteri solehah.

“Dikatakan isteri solehah, wanita solehah, wanita syurga serta tak kira apa rupa wanita itu, jika dia menunaikan solat, puasa di bulan Ramadan, mentaati suami dan menjaga kehormatan diri, maka dia jauh lebih cantik daripada bidadari syurga.” – tambahnya lagi.

MashaAllah, betul lah kata orang. Hidayah tu milik Allah. Tapi, bukan bermakna kita kena tunggu hidayah tu sampai. Kadang-kadang kita sendiri yang kena cari. Apapun, semoga Neelofa dipermudahkan segala urusan dalam perjalanan baru dia dan dapat menjadi inspirasi kepada insan di luar sana untuk sama-sama menjadi hamba Allah yang lebih baik. Amiin.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas