Connect with us

Oh! Media

Neelofa Hilang Kontrak Jutaan Ringgit Sejak Berniqab Tapi Dapat Semula Nilai Berganda

Ohmedia neelofa pu riz

Oh! Artis

Neelofa Hilang Kontrak Jutaan Ringgit Sejak Berniqab Tapi Dapat Semula Nilai Berganda

Neelofa hilang kontrak jutaan ringgit sebab pilih niqab, tap dapat tawaran lebih lumayan.

Kalau cakap pasal Neelofa, memang nama dia dah sinonim dengan fesyen dan gaya hidup muslimah. Tapi siapa sangka, keputusan dia untuk istiqamah dengan niqab dulu pernah buat dia kehilangan kontrak bernilai jutaan ringgit.

Perkara ni dikongsi sendiri oleh suami Neelofa, pendakwah bebas Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz. Katanya, satu syarikat besar dari Perancis yang jual produk penjagaan wajah tiba-tiba batalkan kerjasama hanya sebab Neelofa pilih untuk menutup wajah dengan niqab.

Suami dedah Neelofa hilang kontrak jutaan ringgit…

Neelofa

PU Riz cerita, syarikat itu awalnya berminat besar nak jadikan Neelofa sebagai wajah produk mereka. Tapi bila Neelofa mula berniqab, semuanya berubah.

IKLAN

Mereka kata, ‘Neelofa sudah pakai niqab, jadi kami perlu fikirkan semula nak ambil dia atau tidak.’ Mereka bubarkan kontrak yang nilainya jutaan ringgit.- Kongsi PU Riz.

Dia sendiri akui, kalau dia berada dalam situasi tu, mungkin dia akan minta syarikat tu sambung balik kontrak. Tapi Neelofa tetap dengan pilihannya untuk istiqamah.

Gaya muslimah jadi ikutan, syarikat kembali semula…

Neelofa

Apa yang menarik, selepas beberapa tahun gaya muslimah dan niqab mula jadi trend, Neelofa pula makin ramai pengikut dan jadi inspirasi untuk orang lain.

Selang beberapa tahun, bila Neelofa memakai niqab dan menonjolkan cara pemakaian yang trendy, orang pun beli dan memakai niqab juga. Ada yang datang dalam keadaan menangis, mereka terinspirasi kerana Neelofa, lalu mereka turut memakai niqab.- Jelas PU Riz.

Dan yang lebih mengejutkan, syarikat sama yang dulu tarik diri akhirnya datang semula. Kali ni bukan setakat nak sambung kerjasama, tapi tawaran yang diberikan berlipat kali ganda lebih besar daripada sebelum ni.

PU Riz kongsi rezeki bukan dari manusia…

Pu Riz

Dalam pada tu, PU Riz sempat titipkan nasihat penuh makna untuk semua umat Islam supaya jangan pernah ragu dengan rezeki yang Allah dah tetapkan.

Kita sangka, makin tutup aurat, makin orang menjauh, kita sangka kita makin dekat dengan Allah, manusia tak akan menyukai kita. Tetapi percayalah apabila Tuhan berada di hati kita, Tuhan akan membimbing setiap langkah kita.

Bukan sahaja manusia tetapi setiap makhluk akan menyukai kita tanpa kita paksa. Pesan saya, jangan takut untuk bawa agama sebagai cara hidup kita. Yang memberi kejayaan, yang menentu kita hebat dan menjaga langkah kita bukanlah diri sendiri tetapi Allah SWT. Kalau sedih, di hujung nanti akan ada kejayaan yang diberi dan tidak disangka-sangka.- Pesannya.

Pssttt! Korang nampak kan, keputusan yang nampak macam rugi pada awalnya sebenarnya jadi pintu rezeki yang lebih besar untuk Neelofa. Bila kita yakin dengan pilihan yang berlandaskan agama, Allah sendiri yang akan buka jalan dan bagi kejayaan. Jadi jangan takut nak istiqamah walaupun orang sekeliling tak sokong, sebab akhirnya Allah yang tentukan rezeki kita.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas