Connect with us

Oh! Media

Neelofa Bergambar Tutup Perut Sebab Hamil?

Ohmedia neelofa

Oh! Artis

Neelofa Bergambar Tutup Perut Sebab Hamil?

Lain macam peminat Neelofa ni sebab gambar dia tutup perut pun, mereka sangka ada maksud lain. Maklumlah semua tak sabar nak dapat anak buah katanya, haha. Tapi kalau kita lihat semula gambar Lofa di Instagram, kebanyakannya memang tutup perut la.

BACA: Nampak ‘Baby Bump’, Netizen Teka Lofa Hamil?

Spekulasi tentang kehamilan Lofa ni sudah mula sejak beberapa bulan lalu tapi malangnya mereka masih mengunci mulut dan menafikan perkara itu.

IKLAN

Posting terbaru Lofa di Instagram menunjukkan dirinya menggayakan beg tangan Gucci Diana 90an dengan gaya seperti cuba menutup bahagian perut. Ini sekali lagi mengundang teka-teki peminat mendakwa dia sedang hamil.

Sebelum ini juga, bekas pengacara Meletop ini turut menggunakan gaya yang sama seperti ingin menutup bahagian perut sewaktu memegang produk beg tangan jenamanya.

Jika benar sangkaan peminat yang Lofa sedang berbadan dua, sama-samalah kita doakan yang terbaik. Lofa dan PU Hariz selamat mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan sejak itu peminat dilihat tidak sabar menunggu kehadiran cahaya mata mereka berdua.

553 2

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas