Connect with us

Oh! Media

Natasha Hudson Selamat Bergelar Isteri, Mohon Perkahwinan Tidak Disensasikan

Nasta

Oh! Artis

Natasha Hudson Selamat Bergelar Isteri, Mohon Perkahwinan Tidak Disensasikan

Ahad lalu, pelakon jelita Natasha Hudson telah selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Jay Jasmin.

BACA: Natasha Hudson Upload Foto Tak Pakai Tudung Di IG, Tutup Ruang Komen

Pasangan ini diijabkabul di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor dan mengadakan majlis resepsi secara kecil-kecilan di kediaman pengantin lelaki.

IKLAN

Meninjau ke ruangan Instagram Story, pelakon ini ada berkongsi beberapa keping foto ketika majlis itu berlangsung.

Whatsapp image 2022 03 28 at 43803 pm
Whatsapp image 2022 03 28 at 43751 pm

Pelakon ini turut berharap pihak media tidak mensensasikan berita perkahwinannya dan mengeluarkan artikel dengan tajuk yang positif sahaja.

Whatsapp image 2022 03 28 at 42125 pm

Doakanlah banyak-banyak buat kami dan sekeluarga hingga ke akhir hayat. Buat pihak media, tolong jangan keluar dengan tajuk laporan tidak betul demi menjual berita kalian.

Saya akan mengambil tindakan keras sekiranya kalian mencalarkan nama baik saya dan keluarga. Tak perlu tulis berapa banyak kali (saya sudah kahwin).

Memetik laporan Kosmo!, Natasha berkata, suami seorang yang sangat memahami dirinya dan banyak mengajar mengenai erti kehidupan.

Mereka mula berkawan rapat semasa dia menyertai aktiviti luncur ombak di Pulau Langkawi, Kedah.

Apa-apa pun tahniah diucapkan buat Natasha Hudson dan pasangan. Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia sehingga ke syurga.

Kredit: Kosmo! | Natasha Hudson

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas