Oh! Artis
“Nasib Buat Hashtag Macam Tu, Baru Kami Tahu” – Hantaran Terbaru Fazura Tarik Perhatian Ramai
Pelakon, Nur Fazura, menarik perhatian ramai apabila beliau memuat naik foto berbusana putih dengan meletakkan tanda pagar #endofIddah (Tamat iddah) di Instagram miliknya.
Tamat iddah bermaksud tempoh iddah bagi seorang wanita yang bercerai atau kematian suami telah berakhir. Iddah ialah tempoh tertentu yang diwajibkan oleh syarak ke atas seorang wanita untuk menunggu sebelum dia boleh berkahwin semula.
Sedia kita ketahui, Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024. Lafaz cerai dilakukan oleh Fattah pada pukul 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Ramai mendoakan semoga Fazura mendapat kebahagian yang baru
Di kapsyen hantaran tersebut, Fazura juga berkongsi yang beliau telah bersedia untuk memulakan kehidupan yang baru.
Rata-rata pengikut Instagram Fazura, mendoakan semoga Fazura kembali bangkit dan menemui kebahagian yang baru pada masa akan datang.




#OhmediaNasihat
Semoga segala urusan Nur Fazura dipermudahkan. Dalam menghadapi ujian kehidupan, adalah penting untuk kita sebagai masyarakat memberikan ruang dan peluang kepada individu yang terkesan untuk bangkit dan meneruskan kehidupan. Setiap orang berhak mendapatkan ketenangan dan sokongan tanpa tekanan daripada komen atau spekulasi yang tidak berasas.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Nur Fazura
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM