Connect with us

Oh! Media

“Nanti Meraung Minta Susu Mesti Merdu Kan?” – Ernie Zakri Selamat Timang Bayi Sulung, 22.2.22!

Oh! Artis

“Nanti Meraung Minta Susu Mesti Merdu Kan?” – Ernie Zakri Selamat Timang Bayi Sulung, 22.2.22!

Tanggal 22 Februari 2022 menjadi tarikh paling bermakna buat pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel. Pada hari ini, pasangan penyanyi itu telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Kantoi’ Berduaan Dekat Set, Reaksi Spontan Ernie Zakri Buat Netizen Terhibur

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Syamel memaklumkan bayi perempuannya itu dilahirkan sekitar jam 10.14 pagi tadi. Penyanyi lagu ‘Hidup Dalam Mati’ ini juga memohon orang ramai mendoakan kesihatan ibu dan anak.

Sementara itu, Ernie Zakri dilihat turut memuat naik sekeping gambar menunjukkan jari jemari anaknya yang comel. Putih melepak!

Di ruangan komen, para peminat meninggalkan ucapan tahniah tak kurang juga yang berseloroh bayi pasangan ini semestinya memiliki suara dan vokal mantap seperti ibu dan daddynya.

Apa-apa pun selamat berpantang diucapkan kepada Ernie. Semoga anak menjadi seorang yang solehah dan penyejuk hati kedua orang tua. Amin.

Kredit: Instagram Syamel | Twitter Ernie

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas