Connect with us

Oh! Media

Nama Dipetik Dakwaan Pelawak ‘Bapa Ayam’, Ini Respon Shahrol Shiro

Oh! Artis

Nama Dipetik Dakwaan Pelawak ‘Bapa Ayam’, Ini Respon Shahrol Shiro

Selepas Tauke Jambu, hari ini Shahrol Shiro menerusi perkongsian di Instagram menafikan dakwaan dia merupakan pelawak yang terlibat dalam kes pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks.

ADVERTISEMENT

BACA: Tauke Jambu Dan Isteri Nafi Terlibat Kes Bapa Ayam

Dalam hantaran itu, Shahrol menyertakan screenshot komen di mana namanya telah dipetik oleh netizen. Menurut Shahrol, beberapa orang sahabat turut menghubunginya untuk mendapatkan kepastian selepas nama dikaitkan.

Tegas Shahrol, pelawak itu bukanlah dirinya. Kepada yang mengambil berat dan bertanya khabar, Shahrol mengucapkan terima kasih.

Kepada yang komen-komen terus menuduh saya, saya tak mahu kalian merangkak di padang mahsyar mencari saya dan fokus pada dosa-dosa yang lain kerana saya dah memaafkan anda.

Dia turut berterima kasih kepada orang ramai yang bertanya dahulu sebelum melemparkan tohmahan. Kepada yang menuduh tanpa usul periksa, Shahrol berkata dia terlebih dahulu telah memaafkan mereka.

shahrol shiro

Belum mencapai umur 40 tahun, anggota kumpulan Shiro ini sekali lagi menjelaskan dia tiada kena mengena dengan bayangan yang diberi pihak berkuasa.

Di ruangan komen hantaran itu, netizen turut bersimpati dengan nasib pelawak yang menerima tempias disebabkan perkara ini. Kata mereka, orang ramai dinasihatkan agar tidak sewenangnya memetik nama orang lain untuk mengelakkan fitnah.

Terdahulu kecoh diperkatakan apabila seorang pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dalam serbuan itu pihak polis berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau.

Kredit: Instagram shahrol_shiro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas