Connect with us

Oh! Media

“Naluri Seorang Isteri Tu Sangat Kuat” – Bekas Suami Nak Kahwin Lagi, Ellie Suriaty Tak Terkejut

Oh! Artis

“Naluri Seorang Isteri Tu Sangat Kuat” – Bekas Suami Nak Kahwin Lagi, Ellie Suriaty Tak Terkejut

Semalam, kecoh diperkatakan mengenai pelakon Azri Iskandar yang sudah menemui pengganti meskipun belum sebulan melafazkan cerai terhadap bekas isterinya Ellie Suriaty.

ADVERTISEMENT

BACA: “Bukan Sehari Dua Keputusan Ini Saya Ambil, Dah 4 Tahun” – Ellie Suriaty, Azri Iskandar Sah Bercerai

Menerusi laporan Kosmo!, Azri berkata dia mengenali bakal isterinya itu yang dikenali sebagai Dr. Azra Diera dalam tempoh 12 hari selepas berpisah pada 17 Mei lalu.

Bercakap kepada Getaran, Ellie Suriaty bagaimanapun langsung tidak terkejut dengan berita itu. Malah dia sudah dapat mengagak perkahwinan tersebut.

Saya tidak terkejut dan sudah boleh agak akan hal ini. Sebab itulah hati saya benar-benar bulat dan tekad untuk menarik diri daripada perkahwinan ini.  Sebab saya dah rasa dia ada hubungan dengan wanita lain. 

Kata Ellie, dia sangat mengenali bekas suaminya itu kerana mereka sudah berkahwin selama 19 tahun.

Disebabkan itulah, ketika menfailkan penceraian dia tidak bertanya apa-apa untuk mendapatkan kepastian.

Selama tempoh itu, kita telah melalui segala susah senang bersama. Bila ada perubahan dalam rumahtangga, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan bukannya dengan saya lagi.

Malah sebelum bercerai dia ambil masa yang lama untuk memikirkan baik buruknya hubungan mereka.

Dia juga telah memohon petunjuk daripada Allah SWT mendakwa nalurinya sebagai isteri sangat kuat.

Saya tak nafikan anda ramai perempuan di luar sana yang jauh lebih baik daripada saya. Tapi mereka bukan Ellie Suriaty yang sangat faham siapa Azri Iskandar.

Dia dapat merasakan suami menunjukkan perubahan yang ketara dan mendakwa Azri tidak tahu bahawa dia tahu apa yang berlaku di belakangnya.

Kredit: Kosmo! | Getaran

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas