Connect with us

Oh! Media

“Nak Nyanyi Pun Bising Bukan Kita Peluk Cium Dia Pun..” – Baby Shima Hanya Ikut Cakap Pengarah

Oh! Artis

“Nak Nyanyi Pun Bising Bukan Kita Peluk Cium Dia Pun..” – Baby Shima Hanya Ikut Cakap Pengarah

Penyanyi dangdut, Baby Shima sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila tampil seksi bergelek dalam video muzik single Baby Sayang.

ADVERTISEMENT

BACA: Baby Shima Salahkan Orang Kata Dia Lucah Sebagai Terlalu Berimaginasi

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang melihat aksinya menari bersama usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Nak nyanyi pun bising… bukan kita peluk cium dia pun.. padahal korang layan cerita peluk-peluk.. pegang-pegang… cium-cium.

Ada yang kata aksi Shima itu terlalu ‘daring’ dan mengghairahkan. Namun katanya, sesiapa yang mendakwa dirinya beraksi lucah mungkin disebabkan mereka banyak menonton dan berimaginasi bukan-bukan.

Dalam hal ini, saya tidak peduli dengan kecaman netizen. Saya tidak boleh kawal kata-kata netizen.

Memetik laporan Berita Harian, Baby Shima menjelaskan apa yang digayakan dalam video muzik itu adalah mengikut kehendak ‘wardrobe’ (bahagian penataan gaya) dan kehendak pengarah.

Penyanyi yang popular dengan lagu Roadblock Hatiku ini juga meluahkan rasa tidak faham mengapa caranya menyanyi sambil bergelek dijadikan isu. Sebagai penyanyi dangdut, baginya itu adalah perkara biasa.

Baby Shima juga menolak dakwaan kontroversi yang tercetus bertujuan untuknya kekal relevan dalam industri.

Mengenai penerimaan keluarga pula, penyanyi ini berkata keluarga sangat memahami kerjayanya dan tiada kena mengena dengan kritikan netizen.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas