Connect with us

Oh! Media

‘Nak Cari Lelaki Macam Ni, Tapi Tak Jumpa Lagi’ – Ini Respon Ayda Jebat Bila Ada Individu Ajak Bermadu

Oh! Artis

‘Nak Cari Lelaki Macam Ni, Tapi Tak Jumpa Lagi’ – Ini Respon Ayda Jebat Bila Ada Individu Ajak Bermadu

Baru sahaja melayari bahtera perkahwinan, rata-rata peminat seronok melihat kebahagiaan yang terpamer di wajah Nabil Mahir dan Ayda Jebat.

ADVERTISEMENT

Pun begitu, baru lagi terasa kemanisan hidup sebagai pasangan berkahwin, mereka telah pun didekati oleh individu yang mahu turut sama menyertai kebahagiaan tersebut. Ehh dah kenapa?

Baru-baru ini, Ayda telah berkongsi satu tangkap layar di mana salah seorang pengikutnya meminta kebenaran untuk menjadi isteri kedua kepada Nabil memandangkan dia masih belum berjumpa dengan lelaki yang mempunyai ciri-ciri personaliti seperti selebriti itu.

Nak jadi madu Ayda boleh tak? Sebab nak cari lelaki macam ni la tapi, tak jumpa-jumpa lagi.

Walaubagaimanapun, Ayda langsung tidak melatah malah berasa bahawa mesej yang dihantar itu sangat comel dan menghiburkan hatinya.

Salam, hahaha! Awak ni comel la. Jadi madu tak bolehlah. Saya cubit awak karang. Nakal eh. Saya doakan awak dapat jodoh yang lebih baik, sempurna dan terbaik untuk awak. InsyaAllah. Istikharah! Good luck sis.

Malah pelakon dan juga penyanyi itu mendoakan agar gadis tersebut akan berjumpa dengan jodoh yang lebih baik dan sempurna pada suatu masa nanti.

Cool je kan Ayda Jebat layan mesej macam ini?

Kredit: Instagram Ayda Jebat

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas