Connect with us

Oh! Media

Nafiez Zaidi Anggap Dakwaan Fify Azmi Ambil Barang Terlarang ‘Tidak Berakal’

Oh! Artis

Nafiez Zaidi Anggap Dakwaan Fify Azmi Ambil Barang Terlarang ‘Tidak Berakal’

Pelakon yang sedang meningkat naik, Fify Azmi, baru-baru ini tampil membuat laporan polis mendakwa pembantu peribadinya (PA) ‘songlap’ wang sebanyak RM15,000.

ADVERTISEMENT

BACA: Didakwa Tengah ‘Mengorat’ Fify Azmi, Ini Respon Balas Sharnaaz Ahmad

Dakwa pelakon filem Wira ini, individu itu mengambil bayaran projek sebuah syarikat produksi secara senyap-senyap tanpa pengetahuannya.

PA yang dikenali sebagai Nora bagaimanapun menafikan dakwaan dan menjelaskan ada salah faham mengenai bayaran yang diterima.

Tak habis di situ, viral pula luahan pembantu peribadi ini mengenai seorang pelakon yang perlu mengambil barang terlarang (ganja) untuk berlakon.

Walaupun tidak menyebut nama, ramai beranggapan status itu ditujukan kepada Fify sehingga kekasihnya, Nafiez Zaidi tampil mempertahankan Fify.

Memetik laporan Harian Metro, Nafiez yang juga merupakan seorang pelakon berkata, tuduhan yang dilemparkan adalah tidak masuk akal.

Dia sendiri tidak pernah ada masalah dengan pelakon wanita itu dan menganggap individu berkenaan tidak patut ungkit kisah silam mana-mana pihak dan membuka aib sesiapa.

Biarpun status yang dimuat naik tidak menyebut sebarang nama, namun ramai yang menghantarnya kepada saya. Sepanjang saya dengan Fify, dia tak pernah berdepan dengan masalah dari segi kerja atau peribadi.

Bagi saya, individu itu tidak sepatutnya ungkit pun kisah silam Fify. Apa yang dia buat itu tidak masuk akal. Nak ugut buka aib secara peribadi pula.

Ujarnya, Fify sama sekali tidak gentar dengan ugutan itu dan dia sebagai kekasih menasihatkan pelakon itu supaya mengabaikan sahaja.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas