Oh! Artis
Nabila Razali Terlibat Dalam Kemalangan, Bahagian Depan Kereta Rosak
Nabila Razali terbabit dalam kemalangan melibatkan MPV miliknya.
Penyanyi dan pelakon popular, Nabila Razali dipercayai terbabit dalam kemalangan kecil melibatkan MPV peribadinya di kawasan tempat letak kereta sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Perkembangan itu dikongsikan sendiri oleh Nabila menerusi Instagram dengan kapsyen.
Not the Friday I ordered (bukan hari Jumaat seperti yang saya mahukan).
Bahagian bumper tercabut dan komponen depan rosak
Dalam perkongsian tersebut, Nabila memuat naik dua keping foto hitam putih menunjukkan bahagian hadapan keretanya mengalami kerosakan.
Antara yang jelas kelihatan ialah bumper tercabut, selain beberapa komponen lain turut rosak akibat insiden itu.
Kejadian dipercayai berpunca daripada pelanggaran dengan sebuah kenderaan lain, namun butiran lanjut masih belum didedahkan setakat ini.
Tiada perkembangan terkini dari Nabila Razali

Walau bagaimanapaun, keadaan terkini Nabila masih belum dapat dipastikan kerana tiada sebarang maklumat lanjut dibuatnya selepas insiden itu.
Namun, peminat serta rakan selebriti segera membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat, doa, dan harapan agar Nabila berada dalam keadaan baik.
Rata-rata peminat menzahirkan rasa simpati terhadap insiden tersebut dan berharap agar ia tidak melibatkan kecederaan fizikal buat penyanyi Peluang Kedua itu.
Malah, ada juga yang menasihatkan agar Nabila lebih berhati-hati ketika memandu selepas ini.
Pssttt! Malang tidak berbau, walau kita berhati-hati di jalan raya. Ingatlah untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan utamakan keselamatan diri.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.