Connect with us

Oh! Media

Nabila Razali Akhirnya Jawab Dakwaan Sudah Bertunang

Untitled Design   1

Oh! Artis

Nabila Razali Akhirnya Jawab Dakwaan Sudah Bertunang

Sebelum ini, timbul spekulasi dakwaan bahawa penyanyi Nabila Razali telah bertunang dengan seorang ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani.

Menurut laporan Berita Harian, Nabila Razali akhirnya menjawab tentang spekulasi itu namun berkata dia enggan berkongsi hal peribadi.

Kata penyanyi berusia 31 tahun itu, ia bagi menghormati kedua-dua belah pihak dan memaklumkan akan berkongsi apabila sudah bersedia.

IKLAN

Harap semua dapat hormati privasi saya. Jika ada berita baik nanti, saya akan kongsikan.

Pelantun lagi Pematah Hati itu bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin untuk mengetahui perkembangan dirinya.

Apabila ditanya tentang cincin yang dipakai di jari, Nabila menjelaskan ia hanyalah sekadar aksesori yang mahu digayakannya.

Memang saya suka aksesori di mana kadang-kadang saya pakai pada jari berbeza. Bagi saya itu aksesori yang tidak perlu dipersoalkan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas